Monday, August 20, 2007

Fadhilat Bulan Syaaban

Hari ni uda masuk hari ke-7 dalam Bulan Syaaban..Ruginya nda berpuasa wpun sehari masa Bulan Rejab hari tu.huhu..InsyaALLAH bulan ni akan ku manfaatkan sepenuhnya.hehe. Jom check apa kelebihan Bulan Syaaban ni..

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).


15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).


16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)


18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).


19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

read more...

Klik link atas untuk get more info bout Bulan Syaaban especially Nisfu Syaaban. Paste panjang2 sni pun lum tentu ada yg mau baca sampai abis..macam aku la..hahaha..But I hope kita sama2 dapat m'lipat gandakan pahala kita pada bulan ni..

Enjoy my new imeem..Destinasi Cinta sang by Datuk S...Nda ada maksud apa2 bagi aku. Just want to share my 'relaxing' when heard this song..Siok bah kan..(^o^)

Thursday, August 9, 2007

Only 5 Things........

5 things found in my bag
. Handphone .
. Purse .
. Keys .
. Tissue .
. Compact Powder .

5 things found in my wallet
. IC .
. Driving License .
. Money .
. Bank's Cards .
. Business Cards .

5 favorite things in my room
. Patungssss...
. Alat2 solek . hikhik...
. TV .
. Radio .
. Magazines .

5 things i've always wanted to do
. Shopping .
. Sleep .
. Cooking..try new recipes .
. Manage my bisness .
. Solat .

5 things im currently into
. Watches .
. Beads .
. Vanilla Icecream . hahaha..
. Mandarin Class .
. ? .

5 people im going to tag
. Rokudaime .
. MusnazDotNet .
. Rora .
. Mat Spawn .
. ? .
Tanda ' ? ' akan diisi later...(^o^).......

Thursday, August 2, 2007

Fadhilat Bulan Rejab

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

*****
credit to www.ashtech.com.my

Wednesday, August 1, 2007

Simbe n Shige Born!!

Yahhhooo.......my kucing dah beranak!!!! haha..Ahad 2weeks ago my kucing tu asik mundar-mandir je lam umah..bising plak tu..then aku terfikir mgkin dia mau branak. So, aku sediakan sebuah kotak n sehelai kain buruk untuk dia before balik semula ke KK. Bila Ahad baru2 ni aku balik kg...kucing tu uda beranak...weeeiiiiii....gumbira rasa hati...lalalalala...

Mama nda bagitau pun pasal berita gumbira tu...so, rasa surprised sangat!!!Sebenarnya my kucing tu bukan my kucing..apa aku merepek ni..hahaha..kucing PTI tu..!!!Nda tau sapa yg buang area umah aku...mgkin pasal family aku rajin kasi dia makan terus dia stay umah aku. Aku ok jak..sebab kucing tu nda la suka kacau..nda berak merata2...senang jak mau pelihara..bagi makan ja..huhu...

Aku memang happy mcm aku yg dapat anak..ekekekee...selama ni aku selalu minta cousin2 aku kalo ada anak kucing tp sorang pun nda mau bagi..hikhik..anak buah aku namakan anak2 miow tu Simbe n Sike Sighe sempena nama cartoon Ninja Boy tu..hahahaha...nda apa..yg penting anak2 kucing tu membesar ngan sihat...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kotak kecil je...muat2 3 beranak ni..hehe

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket

Simbe n Sike Shige tengah tdo...jgn geli nmpk kesan darah kat kain tu ye...nnti aku akan tukar gak ngan kain yg lebih bersih... :P

*p/s: nama sike di tukar shige atas teguran sorg kawan..thankss ;)

Friday, July 27, 2007

New HP

Nokia 6260 aku uda rosak...no skrin la..putih jak colour skrin tu..kalo mau baca sms memang nda dapat punya..sakit hati jak kalo ada bunyi sms..huhu..nasib still leh receive call in. Tapi bila uda seminggu my HP's condition camtu...aku mula la nda tenteram..nda best la nda dapat main sms ni!!!! Uda la kawan2 aku semua jenis suka sms jak wpun ada urgent..So, aku hantar la pegi repair tapi tokeh kedai tu cakap...

Tokeh : "ala amoi...tu kabel HP tu manyak susah mau tapat (dapat) ooo.."

Aku : "kalo ada..berapa mau repair ni tokeh?"

Tokeh : "Lebih kulang (kurang) satu latus lua puluh (RM120) ke atas laa....mau check lulu (dulu).."

Aku : "Ayoo...mahal jugak tokeh..nnti la korek tabung baru dtg sni aa..."

Huh!!!Cekik darah tul..uda la tengah sengkek after balik dari KL. But..oleh kerana nda tahan uda..aku beranikan diri pinjam duit dari mama..memang mama ni 'Bank' bagi kami sekeluarga..apa2 hal berkaitan kewangan msti cari dia..hehe..mama bagi RM150.00..

Mama : "Cari yg murah2 jak..nda payah la yg ada kamera..buat apa mahal2 kalo nda tahan..cukup la boleh guna untuk call-in-out.." (sempat lagi mama membebel!)

Aku : "Makaseh mak.."(Aku tersengih2)

Mama : "Jgn lupa bayar balik RM200 tau" (Mama pun macam 'bank' yg lain..ada gak 'bunga'..hikhik)

So dapat la aku beli sebuah HP yg cute..dgn harga RM180.00..Brand LG...1st time pakai LG ni..ada radio punya..bunyi pholy..body slim-melim..berat cuma 56gm!!!Yess!!!Hidupku kembali ceria...(^o^)...

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket
*HP baru n lama...tengah dating..hehe

Sebenarnya aku berniat gak..bila aku ada duit lebih lepas gaji ni...aku mau hantar pegi repair...sayang kat HP Nokia 6260 tu...

p/s:
**cakap pasal HP ni..terkenang plak sorang kawan aku from philipines..dia nda sebut 'handphone' tp 'cellphone'..cam lawak plak..haha..

**Yang best bila HP rosak hari tu..dapat gak dengar suara orang from Perak tu..kalo nda rosak mgkin kitaorg main sms jak..hihi..

Wednesday, July 25, 2007

Cuti2 Malaysia - Last Day

17 July 2007 (Tuesday)

Hari ni last day kat KL ni..lepas ni nda tau bila lagi dapat datang..ermmm...sedih la....pagi2 ni jam 10.00am uda checked-out. Lepas tu pegi shopping lagi sket barang..banyaknya shopping...hikhik...dulu masa datang KL bawa 1 beg jak..bila balik ni uda jadi 2 beg.huhu..Jam 1.00pm bergerak ke KLIA. Sebenarnya flight kat LCCT tapi my brother mau meninjau2 KLIA tu dulu. Maklum la nda pernah sampai sana. On the way ke KLIA tu van yg kami charter tu sengaja membawa kami round2 dulu sampai Putrajaya..wow!!!memang lawa la buildings kat sana..especially Masjid tu..Subhanallah!!!Puas lepak2..makan2..n main2 kat KLIA..kami pun gerak ke LCCT jam 5.00pm..flight on 8.00pm..sampai tertidur2 kat airport n sepanjang penerbangan ke Sabah!!!Sampai umah nak dekat jam 12pm coz singgah makan lagi kat Tg. Aru....errmmm..masi terkenang2 kat KL ni...InsyaALLAH dapat lagi dtg ke KL with my family....KL i gonna miss u....lol!!

View some of our pics...


Cuti2 Malaysia Day 2 & Day 3

15 July 2007 (Sunday)
Seawal jam 9.ooam (awal ke??hehe) kami uda bersiap2 untuk lawatan ke Zoo Negara!!!!Lepas breakfast kat salah satu restoran mamak (Nasi Kandar Penang) dekat2 Tune Hotel tu..kami terus naik monorail Station Medan Tunku ke Station Bukit Nanas. Then naik plak LRT dari station Dang Wangi ke Station Wangsa Maju. Pastu plak naik taxi ke Zoo.huhu...berapa banyak la mau tukar transport...Sampai jak d Zoo..1 animal show sedang ditunjukkan..sempat la jugak tengok anjung laut (Bad) n org utan (Katty) buat persembahan..memang menyeronokkan...hujung mggu ni plak memang sesak kat sni. O ya..Tiket masuk ke zoo bagi adult RM15 p/person while children (4yrs above) is RM6 p/person.

Bagi aku biasa jak bila dtg zoo ni..lagipun pernah pegi sebelum ni. Tapi rasa seronok bila tengok anak2 buah aku keseronokan. Bila dorg nmpk jak haiwan2 tu...dorg akan cakap "tu zirafah macam dalam buku saya la".."eh..tu gajah besar dari dalam tv"..."tu harimau nda ganas pun"..hahaha...tapi yg nda bestnya hari tu ujan plak d sebelah tengahari. Jadi mau round2 sepuas2nya pun terbantut..kesian anak2 buah aku...huhu...

Sekitar jam 3.00pm..kami pun balik n singgah lagi kedai2 d sepanjang Jalan Tar untuk bershopping..hihi..


16 July 2007 (Monday)
Hari ni nda ada rancangan apa2 sebenarnya..coz my 2nd brother going to take exam in UM. Dia terpaksa tukar pusat dari Sabah ke KL untuk 1st paper dia. Tapi exam dia start jam 2.00pm..so pagi tu dia ajak la pegi Menara KL. Selama aku study d KL dulu nda pernah plak aku menjejakkan kaki ke KL Tower.huehuehue..ntah la...nda terasa mau pegi bah. Gayat tu!!! Untuk ke sana..kami menaiki monorail dari Station Medan Tunku (Station ni paling dekat dengan Tune Hotels) ke Station Raja Chulan. Then jalan kaki sekitar 15minit ke KL Tower gate. D sana ada bas disediakan secara percuma sampai ke KL Tower entrance. Tiket masuk adult RM10 (Malaysian)..children RM5..Memang aku salute la dengan layanan d sana. Semua pelayan baik budi bahasa even we are not foreigners..yelah..kengkadang kan Malaysian ni lebih bersopan santun bila jumpa org luar dari Malaysia..huhu.."Budi Bahasa Budaya Kita"..Tabik kat Menara KL!!! View dari atas memang menakjubkan...!!!Memang gayat..n takut2 plak menara tu akan tumbang!!haha..but...Alhamdulillah...i'm still alive n can blogging as usual..(^o^)..

Lepas tu..kitaorg lunch n solat kat KLCC...n lepak2 kat KLCC Park yg ada playground tu sambil tunggu my brother abis exam.Ermm...cepatnya masa berlalu....esok mau balik Sabah uda...rasa lum puas lagi mau bercuti..shopping n enjoy2..hikhik...petang tu sempat lagi shopping sket n jumpa 1 of my bestfriend..Ida Khairuniza Datuk Khalid (bukan anak Datuk K la..haha)..dia org KL. Kami kawan since diploma lagi. Dia memang best n low profile. Rindu sangat kat kawan aku seorg ni..nasib baik dapat jumpa. Kami lepak2 kat Uncle John Cafe sambil ungkit kisah2 lama...bestnya!!!!!mmmmuuuuaaahhhhh....!!!

Jap lagi continue k...nak upload pics..tungguuuu......

Saturday, July 21, 2007

Cuti2 Malaysia Day 1

Assalammualaikum n salam sejahtera semua....

Lamanya nak tunggu hari yg sesuai untuk update blog ni. Mgkin ramai uda tertunggu2 apa cerita mengenai aku sejak akhir2 ni..hikhik..Sepertimana yg aku bagitau last week..aku pegi KL 13hb-17hb July hari tu. Badan masih terasa penat wa cakap lu...apa nda..tiap hari start jam 9am sampai 9-10pm asik berjalan jak..tapi memang puas hati n enjoy la..

13hb July (Friday)

Fly to KL. Suppose to be flight jam 9.15pm tp delay plak ke 10.55pm!!!!S**T!!!!Uda la tercongok kat airport Terminal 2 dr jam 6.30pm.huhu..Naib baik ada 4org anak buah aku (Aliya,Irfan,Anis n Atab)..jd ada gak tempat aku nak membuli..haha..Cousin aku Mokhtar n wife, kak Ainun dtg bersama 2org anak comelnya..Tasha n Mya..menghantar kuih cincin untuk dikirim kpd cousin aku kat KL (Bibie)..riuh rendah Terminal 2 tu dengan jeritan 6org kanak2 ribena tu..sempat lagi dorg main kejar2..isyk..isyk...

14hb July (Saturday)
Sampai LCCT jam 1.15am!!!!huh...!!!Kami hanya mengambil bas (Aerobus) ke KL Sentral memandangkan taxi fee memang mahal pagi2 buta ni. Nasib baik la still ada bus. Itupun bas yg terakhir. Mgkin dorg tunggu sampai flight yg last. Tambang bg seorg cuma rm8. Sampai KL Sentral hampir jam 3.00am. Kami terpaksa naik teksi plak ke Tune Hotels yg terletak d Jalan Sultan Ismail. Memandangkan kami ada 10 org (6 adult 4 children) jd amik 2 teksi. Tambang bagi 1 teksi RM25 wpun jarak antara KL Sentral tu dgn Tune Hotels dekat jak. Biasa la double charges. Sampai hotel terus tido!!!!

Jam 9.30am kami uda bersiap2 untuk memulakan day 1 at KL. Breakfast kat Maju Junction yg betul2 terletak depan Tune Hotels. Nasib baik aku familiar ngan tempat ni memandangkan aku pernah practical d Bank Pembangunan & Infrastruktur (M) Sdn Bhd. After breakfast, terus pegi KLCC naik LRT. Bagi family aku yg belum pernah naik LRT..memang dorang rasa syok n 'sakai' sket..haha..sampai KLCC terus g Aquaria. Tiket masuk bagi adult RM28 seorg n bagi children RM22!!!!Fuh...mahal gilak!!!Memang seronok dtg d Aquaria tu sebab banyak ikan..hehe..uda namanya aquaria tentu la ikan yg banyak..Ada gak binatang lain cam memerang..ular..n cicakman..hahaha..napa aku cakap cicakman sebab tu la jenis cicak paling besar aku tengok!!!Selain pelbagai spesis ikan..ada gak kuda laut..tapak sulaiman..jellyfish..penyu..turtle...ikan pari..paling best tengok jerung dari jarak dekat n masuk lam terowong..d sni boleh tengok ikan berenang atas kepala kita..seolah2 kita ni d dasar laut bah!!kagum gilak!!!(^o^)

Lepas puas dalam Aquaria (2x round)..pegi jumpa my cousin yg uda lama nda balik kg..Bibie..bagi kiriman dari kg untuk dia..Then,kami pegi mkn KFC n round2 KLCC n sempat gak tengok Adibah Nor,Nita n Dina Malaysian Idol m'buat persembahan sempena promosi produk..ntah..lupa plak.hehe. Lepas tu pegi shopping tudung..kain ela..baju2..seluar2..d sepanjang jalan TAR (Tunku Abdul Rahman). Memang sesak gilak memandangkan hari tu ada pasar malam..sampai hotel around jam 10pm..mandi n terus tido...........
ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......

to be continue................tunggu ya......

Thursday, July 12, 2007

Family Vacation

Rasanya lama nda update kan..?Tentu ada yg rindu mau baca coretan2 aku ni..chewah!!!perasan plak..mm..tomorrow i'm going to KL with all my families..So, lebih baik aku update blog ni sebelum melangkah pergi.Aik..lain macam plak bunyinya...haha..Kami akan menghabiskan cuti selama 5hari d sana. Segala persiapan suda aku aturkan..Hotel..Transport..Schedule sepanjang d sana..Maps..& Senarai barang yg aku mau beli..hehe..cuma belum packing barang2 lagi. Bukan apa..bukannya banyak pun yg mau d bawa..bawa jak 2-3 helai baju. Kalo nda cukup sampai sana beli la..huhu...

Actually, tiket g KL ni aku beli since January this year lagi. Lambatnya aku tunggu July ni..nda sabar2 mau bercuti ngan family. Sebelum ni nda pernah kami bercuti sekeluarga sejauh ini...adapun sekitar Sabah jak. Lagipun aku memang rindukan KL. Almost 3yrs nda p sana..so, ni la peluang lepaskan rindu..Aku harap angan2ku mau makan Kueh Teow Tomyam dan Nasi Goreng Paprik puas2 akan kesampaian..hikhik...

1 lagi..aku patut bercuti untuk menenangkan fikiran aku..sejak akhir2 ni banyak kekecewaan yg berlaku padaku. Oh ya...I forgot la...aku FAILED lagi KPLI test tu...semalam resultnya kuar...waaaa.....sedih yg teramat sangat...!!!!Ada 3 perkara penting yg buat aku kecewa teramat sangat dalam masa 2-3bulan ni..Cinta,PTD n KPLI....huhu..rasa down sangat pada saat ni...Aku harap after g holiday aku boleh dapat semangat yg baru..sila doakan untuk aku..(^o^)

Kalo umur panjang...I will story sepuas2nya about my family vacation later..papaiiiiii.........mmmmuuuuaaaaakkkkkkksssssssssssss..............

Wednesday, July 4, 2007

Sayang Kinabalu Sayang Kamu

Aku saja m'update blog hari ni wpun teda idea. Huh!!Rasa usang jak blog ni tanpa pengunjung2 setia. Smuanya uda start bz..chatbox pun nda happening mcm dulu..teda sepa mo gadoh2 manja d chatbox uda..huhuhu...

Tiba masa aku change my imeem coz masa jiwang uda berlalu..hahaha...teda masa mo jiwang2 ni. Aku pilih lagu Sayang Kinabalu by Kimin Mudin. Kali ni ala2 mau promote Sabah la kununnya..especially Gunung Kinabalu n Tamparuli..Dengar ja lirik tu k..tentu korang merindui aku c sumandak Tamparuli ni...huehuehue....

Bila la result KPLI ni kuar aa...lam schedule EMOE 3hb July tapi hari ni uda 4hb..takut la tapi nda sabar mau tau...huhu..kalo ada berita gumbira aku kan umumkan d sni...kalo bad news pun aku kan paparkan jugak d sni..hehehehe..saja mau berkongsi masa gumbira n sedih aku dgn kawan2 bah...

Sebelum terlupa..aku mau wish HAPPY BIRTHDAY to my Sis-in-law..Ita Nuratiqa n his son Afiq Irfanuddin..moga panjang umo n murah rezeki..hadiah???Seperti yg aku janjikan taon 2020 baru aku bagi...hahahahha...

papai all....(^o^)....