Thursday, July 9, 2009

Reception 07.06.09 (Lelaki)

Alhamdulillah..senang hati aku hari ni sbb selsema & batuk aku makin berkurangan..makan pun ada rasa suda..sebelum ni rasa nda sedap jak walaupun makanan2 yg aku mkn tu nampak sedap2 belaka. Agak teruk jugak la batuk aku tu..tidur pun nda lena..d ofis pun nda selesa mau keja. Asik2 pegi toilet buang kahak..sampai my colleagues mengusik aku "mual2 & muntah"..muahahaha...sabar jak la..sejak aku kahwin lebih sebulan lalu..aku masih belum henti2 diusik ooo...~ngeh~~

O ya..hari ni mau story pasal hari persandingan di rumah MyPrecious plak. W/pun masih terasa penat dengan majlis di rumah aku & kena cirit birit plak pagi Ahad tu..hahaha...aku rasa seronok sangat & rasa bersemangat dgn majlis di rumah MyPrecious di Kota Belud sbb ada beberapa adat suku kaum Irranun yg dapat aku pelajari..

1. Keberangkatan aku & Myprecious serta rombongan dari pihak keluarga aku dijemput oleh beberapa wakil orang2 tua dari pihak keluarga MyPrecious. Selagi nda dijemput kami nda boleh pegi rumah pengantin lelaki. Mereka meminta "kebenaran" terlebih dahulu daripada pihak pengantin perempuan untuk pergi ke rumah pengantin lelaki.

2. Semasa menaiki tangga rumah pengantin lelaki, kami ditaburi beras kuning.

3. Sebelum memasuki rumah, dahi & tapak tangan aku disapu dengan "air" menggunakan daun pandan kot..hehe..then, dimulakan dgn kaki kanan..kedua belah kaki aku melangkah masuk ke dalam sebuah talam & dijirus dengan air. Konon2 mcm cuci kaki la tu..hehe..mcm ni rupanya cara mereka menyambut menantu..hehe..

4. Ada acara berbalas pantun dengan menggunakan bahasa irranun & melayu sambil diiringi gesekan biola selepas majlis bersanding..hehe..boring & mengantuk dengar..sampai ke pagi plak tu..hahahaha...tapi aku & MyPrecious join tari-menari kat ruang bawah rumah..bersama2 ipar2 & biras2ku serta sedara-mara lain..enjoy! 1st time aku menari tau...hahahaha

5. Selama 3 malam aku di rumah mentua aku..masa balik semula ke Tamparuli. Sekali lagi ada adat menghantar menantu pulang ke rumah..masa ni banyak betul "bekalan" yang diberi oleh mentua aku..dulang emas, pinggan mangkuk..tikar..bantal..beras..etc. Pemberian tu semua adalah adat mereka. Siok plak kena bagi benda2 tu semua..hehehe..

Ok la..ni ada beberapa photos jak yang aku rajin upload..ahahaksss...

MAJLIS SANDING (LELAKI)

Tarikh : 07.06.09

Hari : Ahad

Masa : 4.00pm - 10.00pm

Tempat : Rumah kediaman pengantin lelaki di Kg. Penampang, Kota Belud, Sabah.

Tema : Black + White

Pakaian pengantin perempuan & Lelaki : from butik

Photograper : MyPrecious' cousin

Mekap : Kak Rahima (biras aku)

Monday, July 6, 2009

Reception 06.06.09 (Perempuan)

Salam..today genap sebulan hari persandingan aku (^o^)

Malam sebelum hari persandingan aku..aku cuma tidur dalam 3 jam sahaja sbb malam tu my cousins & friends sibuk menginai & meng'henna'kan jari-jemariku..sambil2 tu berborak panjang hingga ke pagi..siuk bah..ntah bila lagi dapat cerita panjang mcm tu lepas ni..hehe..

Jam 8++ pagi...ada suda jemputan yg datang. Sedara-maraku dari kampung & my mum's friends..nasib baik tukang masak suda selesai masak. Kalo nda ntAdd Videoah apa mau hidang..dorang ni plak awal betul datang..hehe..Aku plak belum mandi.huhu..memalukan jak..
Ok la..nda mau cerita panjang2..kalau cerita panjang sampai tahun depan pun nda abis..hahaha...enjoy jak la photo2 yg ada ni k.

All photos taken by Myke.





Banyak lagi gambar2 yg mau kongsi tp aku nda larat la mau upload semua..hehe..cukup la bah ni kan...next entry aku upload plak reception di rumah pengantin lelaki k.

MAJLIS SANDING (PEREMPUAN)
Tarikh : 06.06.09

Hari : Sabtu

Masa : 10.30am - 4.00pm

Tempat : Rumah kediaman pengantin perempuan di Kg. Bawang, Tamparuli, Sabah.

Tema : Purple Pink (Purpink)

Pakaian pengantin perempuan & Lelaki : from butik

Photograper : Myke

Mekap : Watie from butik

Kompang : Kg. Laya-Laya, Tuaran

Aku plan buat majlis yg sederhana sahaja. Tapi ramai plak yg komen majlis aku agak meriah..Apa2pun aku berpuas hati sbb smua perkara yg aku hajati terlaksana di majlis kahwinku ini. Terima kasih banyak2 yg banyak membantu memeriahkan & mereliasasikan majlis ni..Semoga perkahwinan aku ini kekal hingga ke akhir hayat. InsyaALLAH..Amin.

Tuesday, June 23, 2009

Malam Berinai / Berbedak 05.06.09


Salam..
Hari ini aku mau continue cerita masa Malam Berinai plak..hari yg sama dgn Majlis Nikah aku tapi after Isyak. Actually, plan asal..aku nda mau buat Malam Berinai ni sbb takut nda dpt la masak2 utk tetamu yg dtg. Tapi aku buat jugak sbb mau merasa suasana 'Malam Berinai' tu..hehe..lagipun mama suda mengupah orang untuk masak2 sepanjang majlis kawin aku ni..apa yg perlu aku risau kan?Bahan2 utk smua menu kawin aku ni telah disediakan..tukang masak pun suda diupah..
Alhamdulillah..Majlis Berinai berjalan dgn lancar dgn tunjuk ajar dari Pengurus Kompang, Pakcik Darasik dr Kg. Laya2, Tuaran. Terpaksa minta tunjuk ajar dr pakcik tu sbb lupa sudah adat2nya..hehe..
Byk kisah lucu, geram & sakit hati berlaku..tp aku tetap maintain senyum.hehe..pasal kisah2 lucu & geram tu nnti la aku cerita next entry..sabar ya...
Ni gambar2 yg aku mau kongsi dgn korang..sekadar utk menunjukkan serba sedikit adat kaum di sini..






MAJLIS NIKAH
Tarikh : 05.06.09

Hari : Jumaat

Masa : 8.30pm - 11.00pm

Tempat : Rumah kediaman pengantin perempuan di Kg. Bawang, Tamparuli, Sabah.

Tema : Peach Orange

Pakaian pengantin perempuan & Lelaki : from butik
Photograper : cousin2 ku
Mekap : aku sendiri..hahaha
Kompang & Marhaban : Kg. Laya-Laya, Tuaran
Masa aku di 'inai & bedak' di umah aku..MyPrecious pun kena 'inai & bedak' jugak d umahnya.hehehe....

Wednesday, June 17, 2009

Nikah 05.06.09

Assalammualaikum..

Tengah tggu photo2 kawen aku ka?hehe..sabar ya..aku upload kejap lagi. Aku start keja hari khamis last week tp belum sempat update blog ni sbb 'SIBUK' dgn keja2 d ofis. Byk claim2 yg perlu aku uruskan memandangkan tugas2 aku tu nda boleh diuruskan oleh staff lain.

ALHAMDULILLAH..akhirnya aku sah menjadi isteri kepada MyPrecious..bahagianya aku..syukur yg amat sangat pada ALLAH S.W.T sbb bagi nikmat sebegini rupa kepada aku. Memang benar kata orang..setiap apa yg berlaku itu ada hikmahnya..setelah mcm2 dugaan hebat yg dtg menimpa aku terutama pasal 'putus tunang' dulu, rupanya ini la nikmat aku dapat kerana mendapat suami yg benar2 ingin menjadikan aku isterinya..ok la, benda lepas jgn la dikenang lagi kan..yg penting MyPrecious telah menjadi milikku & sebaliknya...hehehehe...

Majlis Akad Nikah berlangsung dlm jam 3.00pm (lepas Solat Jumaat). Pagi jumaat tu byk lagi persiapan yg dibuat. Aku masi sempat buat 'pelamin mini' untuk majlis akad nikah..tema 'putih-biru' & sempat lagi menjait manik di baju nikah aku...hahaha..aku tambah2 sikit jak sebagai penyeri. Pasal 'debaran' tu jgn cakap la...memang berdebar gilak..(^o^)

Sebenarnya byk lagi aku mau cerita tp malas plak mau taip byk2.hehehehe...so, aku tayang dulu gambar2 masa nikah k..gambar2 masa Majlis Berinai & Bersanding akan diupload pada next update..

*bersama pengapit
*penyerahan mas kahwin RM300

*cincin untuk isterinya
*cincin untuk suamiku

*aku telah menjadi isteri MyPrecious

*The black & white couple..haha...nda kisah la, janji kami bahagia kan..

Gambar2 atas tadi tu hasil dr kamera MyPrecious & my cousin..gambar bawah ni plak from my photographer, Myke. Ni culik dr website dia www.micopix.com hehehe..Myke cakap, aku ni 1st person yg mendapat khidmat dia tuk merakam gambar2 wedding..risau jugak kalau2 gambar nda lawa kan. Tapi...wow!!!! Hasil2 keja dia memang memuaskan...sudah la dapat pakej yg paling murah di Sabah ni (mgkin jugak di Malaysia)..gambar2 yg di ambil aku kira suda bertaraf professional. Thanks myke & to u 2 jaja (from jajakraf) sbb kasi kenal dgn hubby ko yg friendly tu.hehe...

MAJLIS NIKAH

Tarikh : 05.06.09

Hari : Jumaat

Masa : 2.30pm - 5.00pm

Tempat : Rumah kediaman pengantin perempuan di Kg. Bawang, Tamparuli, Sabah.

Tema : White + Blue

Pakaian pengantin perempuan : kain beli sendiri - dijahit oleh ibu kepada yatee a.k.a kouru (potongan kurung moden) - manik jait sendiri ler..hehe..

Tudung : Tudung style Datuk Siti Nurhaliza dijahit khas oleh Kak Izan from www.beautynthebeads.fotopages.com

Pakaian pengantin lelaki : kain beli sendiri - dijahit oleh butik ? (x ingat la..tp di Putatan la..hehe) - stone biru dijait oleh pengantin perempuan.

Photograper : Myke from www.micopix.com

Mekap : Watie (nda mau promote dr butik mana sbb byk yg aku nda puas hati dr butik tu..huhu)