Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

Friday, April 17, 2009

Moero Attack

Moero Attack..dapat teka apa benda tu?untuk yg lahir thn 80-an tentu masih ingat kan...ianya tajuk bg sebuah cerita Jipun tentang 'bola tampar'..yeaaahhhh!!!yg dapat teka tu..congratsss...ahaksss...

Sejak akhir2 ni aku & konco2 (kazen & friends) asik ungkit cerita masa kecil..bila suda dewasa ni tentu la seronok bila ingat semua kenangan2 tu..yg pahit pun jadi manis..rindunyaaa...

Oppsss..berbalik pada cerita Jipun td..aku terpanggil untuk google cerita ni sbb teringin mau tengok balik..Nasib baik ada Youtube! Rasa mau menjerit jak tau...nda sangka ada jugak yg rajin upload di Youtube..thanks a lot..insyaALLAH akan ku jalani proses mendonlod secepat mgkin..hehehe

Bila dengar lagu Moero Attack ni..sengih2 jak aku sebabnya kenangan ponteng sekolah agama terimbas kembali...hehehe..sanggup ponteng tuk tgk cerita ni tau..huhu..pastu aku & jiran2 masa kecil dulu masukkan bakul plastik banyak2 kat dalam bakul plastik & ikat bulat2 mcm bola. Sebab masa tu nda mampu beli bola tampar sendiri la katakan..lepas tu main2 la bola tampar ala2 si Chun (watak utama cerita ni)..tertonggeng..terpeleot..tersembam..& mcm2 aksi ngeri jgn cerita la..mmg puas kiteorg buat..huahahhahaha....

Ok la, nda mau la cerita panjang..yg rindu dgn cerita ni sila la tengok kat Youtube ya (if ada link lain sila bagitau aku..tq)..& bg yg belum pernah tengok..sila la tengok jugak..aku yakin lepas tu anda akan gantung bola tampar kat siling rumah & buat gaya terbang 'sommersault berpusing'...'sommersault berkembar'..& yg sewaktu dgnnya.. (^o^)

sommersault = betul ka spelling ni??huhu


Wednesday, December 10, 2008

I'm Engaged!


Aku suda jadi tunang MyPrecious.hehe..Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar wpun umah ndak muat untuk semua tetamu yg datang..Pa boleh buat la sbb umah aku memang kecik jak.Umah setinggan 3 tingkat.Rombongan lelaki saja ada 15 keta yg dtg..belum tambah sedara-mara yg sememangnya muat2 jak umah aku tu..hihi..

Apa perasaan aku sekrg? Suda tentu la happy...dpt jadi tunang dgn org yg aku cintai (^o^)..terima kasih CINTA kerana beri kegembiraan ini padaku..Syukur padaMU Ya ALLAH sbb nikmat ini...makaseh banyak2 untuk family yg byk memahami serta kazen2 & kwn2 yg byk membantu, dorongan & wish selamat...

Majlis kawen..insyaALLAH pada May depan..(nda sabar ni...haha)..ok la jom intai2 pisc yg sempat d snap2..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

pic:

1. me..during make-up..
2. sign contract..
3. sarung cincin by Mentua to be..
4. Me..with hantaran from pihak lelaki-11 dulang
5. hantaran for him - 9 dulang
6. Irfan..with souvenier for guest.."keychain bantal"..ordered online from kazoku jaya murah & cantek!!! sangat2 la puas hati....

note: sory ekk..gambo ni jak sempat upload..malas suda since tenet very slow..huhu!

Friday, April 4, 2008

1st April 2008

No April Fool.
No jokes.
No HaHaHa (*laughing).

Only sadness, lost & sympathy
..the feelings that my family, relatives & I have..

My cousin 'gone' on that day..
caused by cancer..

He will always in our memory

Al-Fatihah 4 him...

Tuesday, September 25, 2007

In Memory With I.R.W.A.N

Semalam aku dapat khabar duka from my cousin, Adeq a.k.a Puteh yg Irwan uda meninggal dunia kerana barah usus!!! Innalillahiwainnalillahirroji'un...lemah semangat aku..siapa Irwan bagi aku?Currently, he's nobody for me but previously..yes! Aku pernah menjalin Cinta Monyet dengannya untuk masa yg singkat =)

Aku diperkenalkan dgn Irwan oleh kawan baik aku, Liza & Shoffan. Pd masa tu kami br Form 5. Pertama kali jumpa memg aku uda tertarik dgn dia coz dia boleh la dikategorikan hensem. Dia putih, bermata kuyu, smart & ada senyuman yg manis. Dia jugak pemalu orgnya (^o^). Aku rasa kami couple cuma 3-4bulan pada masa tu..aku putuskan hubungan kami coz dia tipu aku. Kami pernah berjanji untuk sama ke Universiti pada masa tu tp rupa2nya dia telah berhenti sekolah sejak Form 3. Sebab dia berhenti sekolah aku nda tau..

Wpun dalam masa yg singkat, banyak jugak kenangan aku bersamanya. Aku masi ingat lagi..setiap buku, fail, ruler, rubber, wallet or apa2 sj brg kepunyaan aku pada masa itu aku akan marked "Rin & Wan The Great Couple"..huehuehue..cinta budak sekolah la katakan.Bila sj kami dating..kami akan baca buku komik 'Dragon Ball' bersama2..& yg paling aku ingat dia akan belikan setin pepsi untuk aku. Kalo pegi minum kat kedai pun dia akan orderkan aku Pepsi sebelum sempat aku buat order..coz dia tau yg aku memang gila abis dgn Pepsi pada masa tu..(sekarang ndak lagi..hehe). Dan pernah jugak dia bertandang ke rumah aku bersama Liza & Shoffan. Lunch sama2 di umah aku & aku perkenalkan dia pada mak.

Itu cerita kami masa Form 5. After break-off dgn dia..aku dapat tau dia ada penyakit di dalam perut & aku pernah melawat dia sekali di hospital selepas dia di operate. Wpun dalam keadaan yg masi sakit, dia masi sudi melayan aku dgn senyuman. Pada masa itu, dia terlalu kurus & dia bukan seperti Irwan yg aku kenal sebelumnya. Aku menangis jugak bila tengok keadaan dia mcm tu.Selepas itu aku terus lost contact dgn dia.

Semasa aku di semester akhir pengajian diploma di UiTM Kota Kinabalu. Ntah mcm mana, aku berhubung kembali dgn dia. Dia kelihatan sihat. Ada jugak aku bertanya tentang penyakitnya itu & dia ckp dia semakin sihat cuma masi perlu mkn ubat. Setiap kali aku ada kuliah, dia akan menemani aku menunggu bas sama2. Dan selepas menerima tawaran ke Shah Alam, sekali lagi aku lost contact dgn dia. Maklum la pada masa itu aku & dia belum ada H/P sendiri. Dia selalu menghubungi aku guna public phone..masa tu aku guna hp mak. Aku terlupa bagitau dia pasal pemergian aku..lagipun dia nda ada contact aku sebelum aku pergi & aku sendiri nda tau mcm mau contact dia. Mungkin dia ada call di hp mak selepas aku pergi tp mak nda bagi no.pon aku pada dia..(masa ke Shah Alam baru aku beli hp aku sendiri)..mmm..ntah la...

Sehingga la semalam..bila aku dapat khabar duka tu...dia sudah pergi dengan menitipkan pesanan untuk aku. Pesanan itu di 'wasiat'kan kpd makciknya yg juga merupakan kenalan cousin aku. Wasiat & harapannya agar aku memaafkan segala salah & silapnya & jugak aku dapat seseorg yg lebih baik dari dirinya. Astagfirullah...kenapa la aku melupakan dia selama ini sedangkan dia masi ingat pada aku. Dan kini aku kesal & kecewa coz nda pernah lawat dia yg tengah sakit tenat. Selama ini aku fikirkan dia sihat & uda berkahwin..mmm...

Bagi aku, arwah seorang lelaki yg baik..caring & menghormati aku coz dia nda pernah sekalipun menyentuh mahupun memegang tangan aku dgn sengaja. Aku bersyukur dia telah dijemput pergi..bertahun lamanya dia menderita kerana sakit & ianya telah berakhir. Irwan, damai la kau di sana. Aku akan sentiasa ingat padamu & sentiasa mendoakan agar kau akan ditempatkan ke dalam golongan orang2 yg beriman..Amin..

Al-Fatihah.

Monday, May 7, 2007

Cik 32

Nda sangka akhirnya aku uda lepasi PAC tu..kejapnya masa berlalu.Wpun rasa menderita dengan activities yg padat but mcm aku rindu plak ngan suasana d sana.hehehe.dapat jumpa kawan lama..dapat kawan baru..tinggal kat apartment mewah..makan free..sepa la nda suka kan.(^o^)

Activities memang padat & very tough.the whole day kena memerah otak ja.huhu.sekrg ni pun badan rasa lenguh disebabkan larian 2.4KM tu..ingat mau ponteng kerja tadi tapi msti boring d uma..mmm...

1st day 4 May 2007 (Friday)
9am-11am
REGISTRATION.aku sampai d INTAN jam 9.10am.aku ingatkan aku la org pertama yg akan sampai.tapi rupa2nya aku org yg ke-32.jadi dapat la aku 1 tag no 32 yg besar.tag ni kena gantung kat leher sepanjang PAC tu.hihihi.mcm pegi audition AF la plak.masa ni la aku dapat gelaran CIK 32!!!LOL!!Then kena duduk ikut tag no menunggu hingga abis waktu registration. time ni la aku berkenalan ngan 2 boys yg 'boleh tahan' d sebelah kanan n kiri aku.rasa nda selesa diapit mcm tu.hihihihi..seramai 109 candidates was registered on that day.supposed to be ada 120org..

11am-4pm
Ada taklimat pasal PTD..rules time PAC berjalan..activities..lunch..then g check in kat Hotel Likas Square.1 apartment ada 3 bilik.memang best tinggal kat situ.cuma view kat luar nda berapa lawa.huhu.o ya..kami ada juga dibagi tajuk untuk pengucapan awam (PA) & public speaking (PS).aku dapat tajuk about 'pertahanan awam'(PA)& 'driving age' (PS)..(^o^)

7.30pm-9.30pm
ACTIVITY 1&2.group kami buat activity 1 & 2 tu d library.group2 lain ditempatkan d bilik2 lain.activity 1 kami diminta menyesaikan 1 kes penjualan senjata haram.kami hanya dibenarkan communicate in Malay ja. Kena cakap bahasa baku & bahasa pasar are not allowed.Memang susa juga la sebab uda biasa campur aduk malay & english.hehe.Activity 2 plak kena communicate in english. No malay words. time ni ada juga aku tersasul 'lah' dihujung my sentences.bad habit!hahaha.

2nd day 5 may 2007 (saturday)
8am-10am
ACTIVITY 3&4.group members dah berlainan.mcm juga activity 1 & 2..time activity 3 tu kena communicate in malay & activity 4 in english.Both activities just kena discuss case study.Time ni memang i'm very disappointed of my performance coz mcm aku blur skit.Actually 1'm too worried about my pengucapan awam & public speaking.1'm not ready yet..uuwaaa....

10.30am-12.30pm.
PENGUCAPAN AWAM.group members tukar lagi.kena berucap dalam masa 4 minit.then 1 minit lagi for Q&A..Alhamdulillah..aku dapat berucap dengan lancarnya tapi sedikit blur bila bell dibunyikan after 3minit aku berucap.banyak lagi yg perlu aku cakap tapi masa dah abis.huh!!aku rasa soalan2 panel tu pun aku dapat jawab dengan baik.chewah!!!

2pm-4pm
PUBLIC SPEAKING.Alhamdulillah..aku dapat jawab juga soalan2 panel dengan confidentnya.haha.ramai gak yg refer kertas masa bagi speech..termasuk aku juga.mcm public reading la jadinya.hihi.

4.30pm-6.30pm
LARIAN 2.4KM.Huh!memang penat gilak!!aku ni uda 2-3tahun kali nda berjoging.nasib baik ada gak buat warm-up sket2 b4 lari tu.kalo nda memang krem kaki.yg bestnya ujan lebat time larian tu..best..best..(^o^)..aku dapat abiskan larian dalam masa 18minit so dapat la aku kad hijau.ada yg dapat kad merah (10minit & below)..huh!jelesnya aku..tapi semua yg dapat kad merah tu lelaki.no wonder la.at least dapat gak aku kad.yg kesiannya ramai gak yg nda dapat kad..yess!!!HAHAHA...

7.30pm-9.30pm
DEBAT!!masa ni aku nda perform sebaik2nya.lepas larian tu terus dapat selsema & demam.yg paling aku benci aku d sebelah pencadang.sudah la tajuk perbahasan tu "POLIGAMI"..memang nda kena ngan jiwaku sebagai pempuan yg nda mau berkongsi suami.hahaha.boleh tahan juga kami berdebat ala2 parlimen..tapi yg pasti aku nda dapat bidas sebaiknya dari pihak pembangkang.yalah..aku kan perempuan..pihak pembangkang asik tanya aku..sanggupkah aku bermadu???!!!TIDAK!!!uwaaa.....

n program pun abis!!!2 hari ja..hari ahad tu hanya sebagai reserve kalo ada program yg nda dapat d jalankan ikut schedule.malam tu uda ramai yg balik..tinggal aku & sorg kawan dari Labuan stay kat apartment.bangun tido hari ahad tu jam 9am!!best!!tapi badanku lenguh...aduiiiii....

Saturday, April 21, 2007

My beloved Dad...

Happy Birthday Dad!!!!Mgkin boleh aku ucapkan ayat tu kalo bapa aku masih hidup..Tapi bapa aku sudah lama meninggalkan kami. Kalo dia masih hidup..hari ini tentu dia dah berumur 72tahun. Boleh aku usik dia dah tua & kerepot. Tapiiii.....??! Tarikh hari ni juga bapa meninggalkan kami 13tahun yg lalu. He passed away on his birthday!!!Sedih bila mengingatkan hari itu..

13years ago..
Aku berkira2 untuk call my dad 2 wish HAPPY BIRTHDAY..tapi khabar duka yg aku terima. Bapa meninggal kerana serangan jantung. Tapi aku bersyukur kerana bapa meninggal pada malam jumaat. Hari yg baik. Tentu bapa selamat dari siksaan kubur pada setiap malam jumaat. InsyaALLAH!

Sedih bila mengingatkan aku padanya..dia selalu manjakan aku. Tidak pernah pun tangannya singgah di badanku untuk menyakitiku. Dia seorg bapa yg baik, penyayang & bertanggungjawab. Aku rindu mau buka uban d kepalanya..aku rindu picit jerawat d telinganya..aku rindu pelukannya bila dia balik dari kerja..I missed him very much.

I must stop here. Airmata aku uda mula mengalir..Semoga dia aman di sana. Al-Fatihah...

Love & Missed u dad..