Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima jenis makhluk halus yang dikenali sebagai Kinoingan (Ketua makluk halus dan Pencipta), Rusad (semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuvo (semangat manusia), Tombivo (semangat orang yang telah meninggal) & Rogon (semangat jahat).
Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.
Osodu noi koniab , Gontob tanong di aki,
Natalup no i ralan, Nantadon tulun tokou,
Upus nu om upus ku, Koubasan gulu-gulu,
Orubat au poinsurat tungkusan sinakagon
Chorus:-
Tobpinai kanou pogi,
Mi-iso id koubasanan,
Mogiampun-ampun tokou ,
tumabi toiso-iso
Misompuru id koubasanan
Tadau do kaamatan, tadau do koubasanan,
Pogirot piombolutan, tukad do ingkokoton,
Soira po wagu tokou mamasi koubasanan,
Miobpinai toiso-iso, iso rikoton tokou.