Tuesday, September 25, 2007

In Memory With I.R.W.A.N

Semalam aku dapat khabar duka from my cousin, Adeq a.k.a Puteh yg Irwan uda meninggal dunia kerana barah usus!!! Innalillahiwainnalillahirroji'un...lemah semangat aku..siapa Irwan bagi aku?Currently, he's nobody for me but previously..yes! Aku pernah menjalin Cinta Monyet dengannya untuk masa yg singkat =)

Aku diperkenalkan dgn Irwan oleh kawan baik aku, Liza & Shoffan. Pd masa tu kami br Form 5. Pertama kali jumpa memg aku uda tertarik dgn dia coz dia boleh la dikategorikan hensem. Dia putih, bermata kuyu, smart & ada senyuman yg manis. Dia jugak pemalu orgnya (^o^). Aku rasa kami couple cuma 3-4bulan pada masa tu..aku putuskan hubungan kami coz dia tipu aku. Kami pernah berjanji untuk sama ke Universiti pada masa tu tp rupa2nya dia telah berhenti sekolah sejak Form 3. Sebab dia berhenti sekolah aku nda tau..

Wpun dalam masa yg singkat, banyak jugak kenangan aku bersamanya. Aku masi ingat lagi..setiap buku, fail, ruler, rubber, wallet or apa2 sj brg kepunyaan aku pada masa itu aku akan marked "Rin & Wan The Great Couple"..huehuehue..cinta budak sekolah la katakan.Bila sj kami dating..kami akan baca buku komik 'Dragon Ball' bersama2..& yg paling aku ingat dia akan belikan setin pepsi untuk aku. Kalo pegi minum kat kedai pun dia akan orderkan aku Pepsi sebelum sempat aku buat order..coz dia tau yg aku memang gila abis dgn Pepsi pada masa tu..(sekarang ndak lagi..hehe). Dan pernah jugak dia bertandang ke rumah aku bersama Liza & Shoffan. Lunch sama2 di umah aku & aku perkenalkan dia pada mak.

Itu cerita kami masa Form 5. After break-off dgn dia..aku dapat tau dia ada penyakit di dalam perut & aku pernah melawat dia sekali di hospital selepas dia di operate. Wpun dalam keadaan yg masi sakit, dia masi sudi melayan aku dgn senyuman. Pada masa itu, dia terlalu kurus & dia bukan seperti Irwan yg aku kenal sebelumnya. Aku menangis jugak bila tengok keadaan dia mcm tu.Selepas itu aku terus lost contact dgn dia.

Semasa aku di semester akhir pengajian diploma di UiTM Kota Kinabalu. Ntah mcm mana, aku berhubung kembali dgn dia. Dia kelihatan sihat. Ada jugak aku bertanya tentang penyakitnya itu & dia ckp dia semakin sihat cuma masi perlu mkn ubat. Setiap kali aku ada kuliah, dia akan menemani aku menunggu bas sama2. Dan selepas menerima tawaran ke Shah Alam, sekali lagi aku lost contact dgn dia. Maklum la pada masa itu aku & dia belum ada H/P sendiri. Dia selalu menghubungi aku guna public phone..masa tu aku guna hp mak. Aku terlupa bagitau dia pasal pemergian aku..lagipun dia nda ada contact aku sebelum aku pergi & aku sendiri nda tau mcm mau contact dia. Mungkin dia ada call di hp mak selepas aku pergi tp mak nda bagi no.pon aku pada dia..(masa ke Shah Alam baru aku beli hp aku sendiri)..mmm..ntah la...

Sehingga la semalam..bila aku dapat khabar duka tu...dia sudah pergi dengan menitipkan pesanan untuk aku. Pesanan itu di 'wasiat'kan kpd makciknya yg juga merupakan kenalan cousin aku. Wasiat & harapannya agar aku memaafkan segala salah & silapnya & jugak aku dapat seseorg yg lebih baik dari dirinya. Astagfirullah...kenapa la aku melupakan dia selama ini sedangkan dia masi ingat pada aku. Dan kini aku kesal & kecewa coz nda pernah lawat dia yg tengah sakit tenat. Selama ini aku fikirkan dia sihat & uda berkahwin..mmm...

Bagi aku, arwah seorang lelaki yg baik..caring & menghormati aku coz dia nda pernah sekalipun menyentuh mahupun memegang tangan aku dgn sengaja. Aku bersyukur dia telah dijemput pergi..bertahun lamanya dia menderita kerana sakit & ianya telah berakhir. Irwan, damai la kau di sana. Aku akan sentiasa ingat padamu & sentiasa mendoakan agar kau akan ditempatkan ke dalam golongan orang2 yg beriman..Amin..

Al-Fatihah.

No comments: