Saturday, September 22, 2007

Tragedi Adik Nurin Jazlin

Image Hosting

Hati aku terpanggil untuk mengulas tentang apa yg berlaku pada si comel Nurin Jazlin Jaziman, 8tahun, yg dilaporkan hilang pada 20th Ogos yg lalu. Kesiannya si comel ini. Diperlakukan seperti itu..seperti benda yg tidak bernyawa & berperasaan. Kematiannya yg dianggap paling tragedis & kejam pada tahun ini..di masa Malaysia mencapai kemerdekaan yg ke-50!!!huhu...

Semasa proses pengecaman oleh ibu bapa arwah Nurin..dengan berambut pendek, kerinting, berkulit pucat, bergigi jarang selain terdapat kesan-kesan lebam pada badan mangsa menyebabkan kedua orang tua Nurin mengesahkan bahawa itu bukan anak mereka. Tengok shj beza kedua-dua gambar arwah Nurin di atas. Berbeza bukan? Sebelum ni arwah Nurin seorg yg comel, 'chubby' & berambut panjang..tetapi gambar mayat tersebut kurus kering & berambut pendek. Jadi tidak hairan la jika ibu bapanya tidak cam anak mereka sendiri. Tapi Alhamdulillah...semasa dimandikan & dikafankan, Allah S.W.T telah menampakkan wajah sebenar adik Nurin.

Pada pendapat aku, kemungkinan rambut mangsa telah digunting oleh si pembunuh tersebut. Rambutnya yg nampak kerinting mungkin disebabkan rambut mangsa kusut akibat tidak disikat & dicuci dgn syampu. Mangsa juga tidak diberi makan & menderita akibat penderaan seksual ke atasnya menyebabkan mangsa jadi kurus. Gigi mangsa pula berubah kepada mempunyai ruang di antara gigi akibat menahan kesakitan yang melampau (seperti dikatakan oleh pakar).

Kematian Nurin dikatakan akibat jangkitan kuman pada alat sulit setelah rektum (dubur) pecah setelah mengalami penderaan seksual dengan memasukkan terung dan timun ke dalam kemaluannya. Semasa dijumpai, mayat arwah adik Nurin dimasukkan ke dalam sebuah beg sukan dengan posisi kaki terlipat ke dada dlm keadaan mengiring; seperti kedudukan bayi dalam rahim. Ketika itu, timun & terung turut dijumpai bersama mangsa.

Orang yang memperlakukan mangsa begitu tidak seharusnya lahir di muka bumi ini (tidak layak dipanggil manusia atau binatang sebenarnya) & juga tidak boleh dibiarkan hidup selesa di penjara (Jika tertangkap). Hukuman yg seberat-beratnya harus dijatuhkan kepada si durjana tersebut.Kalau boleh seksa dahulu sebelum digantung!!Hehe..Moga Allah S.W.T menurunkan keseksaan yang banyak & berat kepada pembunuh tersebut.Amin.

Aku pasti seluruh rakyat Malaysia mahupun luar negara yg turut mengambil liputan tragedi ini merasa sedih,kecewa & mengalirkan airmata kerana adik Nurin tidak dapat diselamatkan. Pelbagai pihak telah melakukan yg terbaik dalam usaha menjejaki mangsa. Tapi apakan daya..Allah S.W.T telah menetapkan dari sejak azali lagi adik Nurin akan 'pergi' dengan keadaan yg demikian. Apalah dosa mangsa sampai mendapat hukuman sedemikian rupa??Astagfirullah..kuasa Allah S.W.T janganlah dinafikan. Tentu ada rahmat di sebalik semua ini.

Sekurang-kurangkan adik Nurin telah dijumpai walaupun hanya sekujur badan yang kaku. Dengan ini bolehlah dia disemadikan dengan sempurna. Damailah adik Nurin di sana. Dan..diharap kisah ini menjadi pengajaran yang besar kepada ibubapa mangsa & juga orang lain.sekian.wassalam.

p/s: Salam takziah untuk keluarga arwah adik Nurin.Al-fatihah..

No comments: