Happy Birthday Dad!!!!Mgkin boleh aku ucapkan ayat tu kalo bapa aku masih hidup..Tapi bapa aku sudah lama meninggalkan kami. Kalo dia masih hidup..hari ini tentu dia dah berumur 72tahun. Boleh aku usik dia dah tua & kerepot. Tapiiii.....??! Tarikh hari ni juga bapa meninggalkan kami 13tahun yg lalu. He passed away on his birthday!!!Sedih bila mengingatkan hari itu..
13years ago..
Aku berkira2 untuk call my dad 2 wish HAPPY BIRTHDAY..tapi khabar duka yg aku terima. Bapa meninggal kerana serangan jantung. Tapi aku bersyukur kerana bapa meninggal pada malam jumaat. Hari yg baik. Tentu bapa selamat dari siksaan kubur pada setiap malam jumaat. InsyaALLAH!
Sedih bila mengingatkan aku padanya..dia selalu manjakan aku. Tidak pernah pun tangannya singgah di badanku untuk menyakitiku. Dia seorg bapa yg baik, penyayang & bertanggungjawab. Aku rindu mau buka uban d kepalanya..aku rindu picit jerawat d telinganya..aku rindu pelukannya bila dia balik dari kerja..I missed him very much.
I must stop here. Airmata aku uda mula mengalir..Semoga dia aman di sana. Al-Fatihah...
Love & Missed u dad..
No comments:
Post a Comment