Tuesday, May 29, 2007

Kotobian Tagazo Tadau Do Kaamatan

Pesta Kaamatan dtg lagi!!!wwweeeeeeeeeee.........Esok start cuti 2days to celebrate this Harvest Festival. Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik (Unduk Ngadau), tarian tradisi, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita".

Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima jenis makhluk halus yang dikenali sebagai Kinoingan (Ketua makluk halus dan Pencipta), Rusad (semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuvo (semangat manusia), Tombivo (semangat orang yang telah meninggal) & Rogon (semangat jahat).

Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.

Ni ada 1 lagu yg amat famous bila tiba musim pesta ni..

Misompuru Id Koubasanan

Osodu noi koniab , Gontob tanong di aki,
Natalup no i ralan, Nantadon tulun tokou,
Upus nu om upus ku, Koubasan gulu-gulu,
Orubat au poinsurat tungkusan sinakagon

Chorus:-
Tobpinai kanou pogi,
Mi-iso id koubasanan,
Mogiampun-ampun tokou ,
tumabi toiso-iso
Misompuru id koubasanan

Tadau do kaamatan, tadau do koubasanan,
Pogirot piombolutan, tukad do ingkokoton,
Soira po wagu tokou mamasi koubasanan,
Miobpinai toiso-iso, iso rikoton tokou.

Sory ya..aku nda pandai translate. Wpun ada darah DusunKadazan dlm diri aku..tapi aku nda pandai la bahasa ni. Boleh la paham sikit2.hehe. Tapi kalo bercakap tu..kompom kena gelak oleh org2 yg expert bahasa ni especially by my mum n makcik2 la..weekkkk...jahat dorang ni. Tapi salah aku jugak nda mo belajar betul2.hahaha.

Kotobian Tagazo Tadau Do Kaamatan !!!
Pon..Pon..Pon..!!!

No comments: