Thursday, August 30, 2007

Mama..Selamat Harijadi..

HAPPY BIRTHDAY MUM!!!!
I Love u till the end of my life
Mmmmuuuuuuaaaahhhh.......

Hari ni harijadi mama aku yg ke-52 thn..2 thn lebih tua daripada kemerdekaan Malaysia.hehe..Alhamdulillah mama masi panjang umur..Aku doakan mama sentiasa panjang umur n sihat walafiat..juga bahagia dunia akhirat. Aku nda tau macam mau hidup tanpa mama sebab aku membesar cuma ada mama sejak 13 thn lalu.

Apa yg patut aku hadiahkan untuk mama tahun ini??? Aku akan balik kg pada petang ni tapi aku belum belikan apa2 untuk dia..hehe..tahun lalu aku rasa aku hadiahkan mama seutas gelang tangan berwarna biru..Apa yg mama inginkan pun aku ndak tau ni..Kalo aku tau boleh jugak aku sediakan. Tp rasanya mama cuma perlukan anak2 dia pada hari ini memandangkan time2 bekerja ni mama cuma tinggal sorang2 d umah. Dan..itu yg aku akan lakukan...YA!Aku akan balik kg hari ni...wpun pada awalnya aku merancang pegi ke Konsert Merdeka sempena menunggu detik Merdeka malam ni..mm...

Aku sgt sayangkan mama aku. Siapa la nda sayang mamanya sendiri kan..Wpun mama selalu berleter..mengongkong...n pernah menampar n memukul aku semasa kecil. Ala...sepa suru nakal sangat kan? Tentu la kena hambat..hahaha..Tp mama selalu meminta maaf kalo terpukul aku pada masa itu. Aku ingatkan mama nda sayangkan aku tp bila suda menginjak ke alam dewasa ni...aku paham kenapa mama buat macam tu..kerana MAMA SAYANGKAN AKU..

Mama is my inspiration. Bila aku rasa aku hilang semangat...aku akan ingat segala pengorbanan dia. Pengorbanan mama nda ternilai bagi aku. Seorg ibu tunggal yg membesarkan kami 3 beradik sehingga berada dalam tahap ini. Gaji mama cuma RM300+ sahaja untuk membesarkan kami semenjak ketiadaan bapa. Wpun rasa kekurangan tapi dgn kesabaran mama berjimat cermat..kami dapat juga mengubah keadaan keluarga kami di tahap yg boleh dianggap selesa sekarang..Terima Kasih mama..Aku akan balas segala pengorbanan mama tu..dan maafkan anakmu yg banyak melukakan hatimu ini..

My father is my Hero..
Mum is my inspirations..
My siblings are my friends...
And they all are my soulmates..

No comments: