Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA untuk semua penduduk tetap Malaysia..hehe..50Thn Merdeka..waaa..rasa bangga plak apalagi bila dapat melihat sendiri kepesatan pembangunan yg dicapai oleh Malaysia. Wpun setakat ni aku baru menikmati kesemua pembangunan ni hampir 27Thn. Bagi aku atau kami yg nda pernah melalui zaman2 penjajahan, tentu nda berapa rasa kehangatan makna kemerdekaan itu. Tapi melalui bahan bacaan Sejarah Malaysia..kami tau betapa peritnya org2 pada zaman itu hendak melepaskan Tanah Melayu sebagai jajahan drpd bangsa lain. betapa sengsaranya mereka demi memastikan generasi mereka pada masa akan datang dapat menikmati hidup yg aman dan gembira d tanah mereka sendiri. Terima kasih yg tidak terhingga kepada MEREKA. Pada zaman ini..bagi aku makna kemerdekaan itu suda berubah tp pendekatannya tetap sama. Rakyat Malaysia harus menghindarkan pemikiran mereka drpd dijajah oleh Barat terutama pemikiran yg kotor & nda bertamadun..pemikiran seperti itu nda sesuai untuk kita yg beragama Islam. Kita boleh bangunkan negara kita dengan berlandaskan Agama kita sendiri..Dengan ini, tentu bangsa atau agama yg lain pandang hormat sama kita..terutama Agama kita. InsyaAllah.
Semalam..sempena cuti kemerdekaan..Aku n family serta family sis-in-law aku pegi ke Kolam Air Panas Poring, Ranau untuk mandi-manda. Poring dlm Bahasa DusunKadazan bermaksud 'bambu' atau 'buluh'. Best mandi air panas d sana yg terkenal boleh mengubati penyakit kulit. Lagipun air panas tu ada la semulajadi..air mata air dr Mount Kinabalu. Ramainya org..tp nasib baik kami sempat booking 4 kolam untuk mandi. Lagipun kira2 jam 9.30pg kami uda sampai ke tempat tu. O ya..dari Tamparuli ke Air Panas Poring ni mengambil masa 2jam untuk sampai. Oleh kerana kami singgah gerai2 sepanjang jalan untuk membeli durian jg lambat skit la sampai..puas la makan durian sampai pagi ni rasa mau demam plak..hehe..
Di Kawasan Kolam Air Panas Poring ni..selain dari kolam2 untuk mandi...ada jugak Taman Rama2..Air Terjun 7 Tingkat n Jambatan Gantung atas pokok. Gayat tau...sebab tinggi sangat. Tp semalam aku nda naik jambatan gantung tu coz sebelum ni uda pernah naik. Lama nda datang sana...banyak perubahan telah dibuat..Makin lawa n teratur. Tp rata2 org yg dtg semalam bukan tourists but local..also PTI..HAHA..n yg paling best masa Merdeka ni, semua org jadi peramah. Wpun nda kenal...tp dorang tetap ucapkan Salam Merdeka..kereta2 yg berselisih ngan kami akan bagi hon n jerit Merdeka!Merdeka!Merdeka!!...Ini la Malaysia...(^o^)...
Apa jua yg kita anggap apa makna Merdeka itu..jgn di lupa pengorbanan pejuang2 Malaysia pada masa dulu..n bebaskan la diri kita drpd dibelenggu oleh anasir2 kebaratan yg keterlaluan sampai membelakangkan Agama suci kita..Islam..sekian..Wassalam..
p/s: Enjoy my new song...Kosorou Ko Po Nangku Doho (Apabila kau mengingati aku)
No comments:
Post a Comment