Thursday, July 30, 2009

Cincin vs Inai

Lama jugak aku nda update blog ni kan..ntah napa malas betul aku mau update. Apa2pun hari ni mau tunjuk cincin kawin aku n MyPrecious yg nda brapa mau mahal..hihi...

*aku buat sendiri..last minit..hehe

Ohoo...nda abis2 lagi cerita kawin aku ni kan..hehehe...tu la pasal hari tu aku cakap, kalau aku nda pendekkan cerita kawin aku ni..tentu setahun pun nda abis..hahaha..

My inai almost gone...uhuhuhu...sedihnya..wpun aku boleh pakai inai berulang kali seumur hidup aku tapi inai yg ni nda sama feelingnya. Ni kan inai kawin...sedih...sedih....

Hampir 2 bulan suda aku jadi isteri MyPrecious..alhamdulillah..wpun ada sedikit kezutan hidup sebagai isteri tapi aku happy n enjoy..hehehe..

Daaaa......

Friday, July 17, 2009

Wedding's Giftdoors, Guest Book & Banner


Salam...

Aku sakit gigi sebelah kiri sejak kelmarin. Arrrgghhh...rasa mcm mau marah2 jak..gusi gatal & pipi kiri terasa tebal.huuhh!!!

Masih lagi cerita pasal wedding aku ni..hehe..sila jgn boring OK..huahaha..kali ni aku mau tayang benda2 ni...

1. Giftdoors
Semua ni buat sendiri tau! Actually bukan la 100% kerja tangan aku. Ramai cousin2 yg tolong buat. Yalah mana sanggup buat semua sorang kan..cuma idea tu dari aku la..hehe..yg box kuning ada dot-dot blue tu cenderahati masa Malam Berinai. Aku buat dalam 20 box jak untuk orang2 yg merenjis. Dalam box tu ada saputangan yg di dalamnya aku letak potpori..hehe..wangi tau..

Goodies bags & Uncang tu giftdoors for guest masa Majlis Bersanding aku. Ada mcm2 sweets n candies dalam uncang tu..khas utk bebudak yg datang.hehe..apa yg kat dalam bags?

Dalam Goodies Bags ada Keychain Bantal Wangi kaler purple & jugak Keychain Uncang Wangi Kaler Pink n some candies too..hehe..seronot ka dapat benda ni suma?

2. Guest BookGuest book ni pun aku buat sendiri jugak. lawa ka?hehe..lupa plak ambik gambar sebelah dalam..apa2pun terima kasih banyak2 bagi yang sudi mengisi GuestBook ni..tersengih2 aku baca ucapan korang..hahaha

3. Banner

Banner pun buat sendiri...puas hati tau buat semua benda ni sendiri. Bagi yang mau kahwin tu sila buat benda2 ni semua sendiri k..baru la rasa kelainan pada wedding korang tu. serious ni..hehe..Tapi buat seawal mungkin supaya nda kelam kabut. Banner ni kecik jak..dalam semeter kain satin..words tu aku buat dari kain felt. kreatif ka?hehe..cuma nda berapa menarik kan sebab teda hiasan lain..hehe..keja last minit memang mcm ni la..haha...

*note: Kahwin tu bukan saja menunaikan separuh daripada iman kita tau..tapi jugak seronok. Sila la kahwin k..Ahahakssss...

Thursday, July 9, 2009

Reception 07.06.09 (Lelaki)

Alhamdulillah..senang hati aku hari ni sbb selsema & batuk aku makin berkurangan..makan pun ada rasa suda..sebelum ni rasa nda sedap jak walaupun makanan2 yg aku mkn tu nampak sedap2 belaka. Agak teruk jugak la batuk aku tu..tidur pun nda lena..d ofis pun nda selesa mau keja. Asik2 pegi toilet buang kahak..sampai my colleagues mengusik aku "mual2 & muntah"..muahahaha...sabar jak la..sejak aku kahwin lebih sebulan lalu..aku masih belum henti2 diusik ooo...~ngeh~~

O ya..hari ni mau story pasal hari persandingan di rumah MyPrecious plak. W/pun masih terasa penat dengan majlis di rumah aku & kena cirit birit plak pagi Ahad tu..hahaha...aku rasa seronok sangat & rasa bersemangat dgn majlis di rumah MyPrecious di Kota Belud sbb ada beberapa adat suku kaum Irranun yg dapat aku pelajari..

1. Keberangkatan aku & Myprecious serta rombongan dari pihak keluarga aku dijemput oleh beberapa wakil orang2 tua dari pihak keluarga MyPrecious. Selagi nda dijemput kami nda boleh pegi rumah pengantin lelaki. Mereka meminta "kebenaran" terlebih dahulu daripada pihak pengantin perempuan untuk pergi ke rumah pengantin lelaki.

2. Semasa menaiki tangga rumah pengantin lelaki, kami ditaburi beras kuning.

3. Sebelum memasuki rumah, dahi & tapak tangan aku disapu dengan "air" menggunakan daun pandan kot..hehe..then, dimulakan dgn kaki kanan..kedua belah kaki aku melangkah masuk ke dalam sebuah talam & dijirus dengan air. Konon2 mcm cuci kaki la tu..hehe..mcm ni rupanya cara mereka menyambut menantu..hehe..

4. Ada acara berbalas pantun dengan menggunakan bahasa irranun & melayu sambil diiringi gesekan biola selepas majlis bersanding..hehe..boring & mengantuk dengar..sampai ke pagi plak tu..hahahaha...tapi aku & MyPrecious join tari-menari kat ruang bawah rumah..bersama2 ipar2 & biras2ku serta sedara-mara lain..enjoy! 1st time aku menari tau...hahahaha

5. Selama 3 malam aku di rumah mentua aku..masa balik semula ke Tamparuli. Sekali lagi ada adat menghantar menantu pulang ke rumah..masa ni banyak betul "bekalan" yang diberi oleh mentua aku..dulang emas, pinggan mangkuk..tikar..bantal..beras..etc. Pemberian tu semua adalah adat mereka. Siok plak kena bagi benda2 tu semua..hehehe..

Ok la..ni ada beberapa photos jak yang aku rajin upload..ahahaksss...

MAJLIS SANDING (LELAKI)

Tarikh : 07.06.09

Hari : Ahad

Masa : 4.00pm - 10.00pm

Tempat : Rumah kediaman pengantin lelaki di Kg. Penampang, Kota Belud, Sabah.

Tema : Black + White

Pakaian pengantin perempuan & Lelaki : from butik

Photograper : MyPrecious' cousin

Mekap : Kak Rahima (biras aku)

Monday, July 6, 2009

Reception 06.06.09 (Perempuan)

Salam..today genap sebulan hari persandingan aku (^o^)

Malam sebelum hari persandingan aku..aku cuma tidur dalam 3 jam sahaja sbb malam tu my cousins & friends sibuk menginai & meng'henna'kan jari-jemariku..sambil2 tu berborak panjang hingga ke pagi..siuk bah..ntah bila lagi dapat cerita panjang mcm tu lepas ni..hehe..

Jam 8++ pagi...ada suda jemputan yg datang. Sedara-maraku dari kampung & my mum's friends..nasib baik tukang masak suda selesai masak. Kalo nda ntAdd Videoah apa mau hidang..dorang ni plak awal betul datang..hehe..Aku plak belum mandi.huhu..memalukan jak..
Ok la..nda mau cerita panjang2..kalau cerita panjang sampai tahun depan pun nda abis..hahaha...enjoy jak la photo2 yg ada ni k.

All photos taken by Myke.





Banyak lagi gambar2 yg mau kongsi tp aku nda larat la mau upload semua..hehe..cukup la bah ni kan...next entry aku upload plak reception di rumah pengantin lelaki k.

MAJLIS SANDING (PEREMPUAN)
Tarikh : 06.06.09

Hari : Sabtu

Masa : 10.30am - 4.00pm

Tempat : Rumah kediaman pengantin perempuan di Kg. Bawang, Tamparuli, Sabah.

Tema : Purple Pink (Purpink)

Pakaian pengantin perempuan & Lelaki : from butik

Photograper : Myke

Mekap : Watie from butik

Kompang : Kg. Laya-Laya, Tuaran

Aku plan buat majlis yg sederhana sahaja. Tapi ramai plak yg komen majlis aku agak meriah..Apa2pun aku berpuas hati sbb smua perkara yg aku hajati terlaksana di majlis kahwinku ini. Terima kasih banyak2 yg banyak membantu memeriahkan & mereliasasikan majlis ni..Semoga perkahwinan aku ini kekal hingga ke akhir hayat. InsyaALLAH..Amin.