Thursday, July 9, 2009

Reception 07.06.09 (Lelaki)

Alhamdulillah..senang hati aku hari ni sbb selsema & batuk aku makin berkurangan..makan pun ada rasa suda..sebelum ni rasa nda sedap jak walaupun makanan2 yg aku mkn tu nampak sedap2 belaka. Agak teruk jugak la batuk aku tu..tidur pun nda lena..d ofis pun nda selesa mau keja. Asik2 pegi toilet buang kahak..sampai my colleagues mengusik aku "mual2 & muntah"..muahahaha...sabar jak la..sejak aku kahwin lebih sebulan lalu..aku masih belum henti2 diusik ooo...~ngeh~~

O ya..hari ni mau story pasal hari persandingan di rumah MyPrecious plak. W/pun masih terasa penat dengan majlis di rumah aku & kena cirit birit plak pagi Ahad tu..hahaha...aku rasa seronok sangat & rasa bersemangat dgn majlis di rumah MyPrecious di Kota Belud sbb ada beberapa adat suku kaum Irranun yg dapat aku pelajari..

1. Keberangkatan aku & Myprecious serta rombongan dari pihak keluarga aku dijemput oleh beberapa wakil orang2 tua dari pihak keluarga MyPrecious. Selagi nda dijemput kami nda boleh pegi rumah pengantin lelaki. Mereka meminta "kebenaran" terlebih dahulu daripada pihak pengantin perempuan untuk pergi ke rumah pengantin lelaki.

2. Semasa menaiki tangga rumah pengantin lelaki, kami ditaburi beras kuning.

3. Sebelum memasuki rumah, dahi & tapak tangan aku disapu dengan "air" menggunakan daun pandan kot..hehe..then, dimulakan dgn kaki kanan..kedua belah kaki aku melangkah masuk ke dalam sebuah talam & dijirus dengan air. Konon2 mcm cuci kaki la tu..hehe..mcm ni rupanya cara mereka menyambut menantu..hehe..

4. Ada acara berbalas pantun dengan menggunakan bahasa irranun & melayu sambil diiringi gesekan biola selepas majlis bersanding..hehe..boring & mengantuk dengar..sampai ke pagi plak tu..hahahaha...tapi aku & MyPrecious join tari-menari kat ruang bawah rumah..bersama2 ipar2 & biras2ku serta sedara-mara lain..enjoy! 1st time aku menari tau...hahahaha

5. Selama 3 malam aku di rumah mentua aku..masa balik semula ke Tamparuli. Sekali lagi ada adat menghantar menantu pulang ke rumah..masa ni banyak betul "bekalan" yang diberi oleh mentua aku..dulang emas, pinggan mangkuk..tikar..bantal..beras..etc. Pemberian tu semua adalah adat mereka. Siok plak kena bagi benda2 tu semua..hehehe..

Ok la..ni ada beberapa photos jak yang aku rajin upload..ahahaksss...

MAJLIS SANDING (LELAKI)

Tarikh : 07.06.09

Hari : Ahad

Masa : 4.00pm - 10.00pm

Tempat : Rumah kediaman pengantin lelaki di Kg. Penampang, Kota Belud, Sabah.

Tema : Black + White

Pakaian pengantin perempuan & Lelaki : from butik

Photograper : MyPrecious' cousin

Mekap : Kak Rahima (biras aku)

2 comments:

Anonymous said...

ekeke...
lps ni jd org KB suda laa..
sekampung la kita ni.

mie said...

gue pun sekampung gak la...
hahhaaa