Wednesday, September 26, 2007

Tag Raya La plak...

I've been tagged by Hard2K this time..layanzzzz.....

Apa erti Hari Raya pada korang??
1.Hari Raya adalah hari untuk menyambut hari kemenangan umat Islam setelah melalui lapar, dahaga & segala hawa nafsu di masa Bulan Ramadhan..& jugak berjaya menambah pahala di bulan puasa.hehe...
2. Hari untuk kita bergumbira..makan biskut...ketupat...lemang..dodol..etc..
3. Hari kita leh mengunjungi sanak saudara & kawan2...sambil tu kumpul duit raya..haha
4. Hari kita dengar banyak kemalangan berlaku sama ada kemalangan jalan raya mahupun bermain bunga api..har..har..har...nauzubillah...

Apa yang wajib korang buat bila Hari Raya Menjelma?
1. Kemas rumah.
2. Masak2.
3. Pasang pelita.
4. Bergaya sakan dengan baju baru.
5. Tunggu tetamu datang la...huhu

Pernah tak korang rasai Malam Lailatul Qadar?
Tak pernah la..kesian diriku..huhuhu..

Bape Banyak Duit Raya pernah korang dapat?
Maybe RM200-RM300
Tu masa kecik2..sekarang aku lak pokai bagi budak2 duit raya..Arrggghhhh.........

Kuih ape paling korang Suke Makan Masa Hari Raya?
1. Almond London
2. Tart Nenas
3. Ketupat & Lemang
4. Kuih Bom a.k.a Makmur..hak..hak..

Letak gambar kenangan korang Masa Raya yang tak dapat dilupakan.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dari kiri : Nani, Zia, Kidie, Myself & Adeq.
Masa ni pegi beaufort (umah bf Kidie)..sakit punggung duk lam keta coz perjalanan jauh sangat tp best la dapat rasa kueh pulut lamban..sedap tahap gaban..ahaksss....
*Sebenarnya banyak gambar kenangan raya tp ni ja yg ada lam pc..huehuehue..

Sebarkan tag ni kepada 2 orang yang korang suka.
Wana & Mie..tp lagi best semua blogger lam link aku jawab tag ni..hehe

p/s: Aku ada test masuk UPSI this saturday..wish me luck!!!TQ...(^o^)
*enjoy my new playlist..semuanya ada di sini - Farah Wahida

Tuesday, September 25, 2007

In Memory With I.R.W.A.N

Semalam aku dapat khabar duka from my cousin, Adeq a.k.a Puteh yg Irwan uda meninggal dunia kerana barah usus!!! Innalillahiwainnalillahirroji'un...lemah semangat aku..siapa Irwan bagi aku?Currently, he's nobody for me but previously..yes! Aku pernah menjalin Cinta Monyet dengannya untuk masa yg singkat =)

Aku diperkenalkan dgn Irwan oleh kawan baik aku, Liza & Shoffan. Pd masa tu kami br Form 5. Pertama kali jumpa memg aku uda tertarik dgn dia coz dia boleh la dikategorikan hensem. Dia putih, bermata kuyu, smart & ada senyuman yg manis. Dia jugak pemalu orgnya (^o^). Aku rasa kami couple cuma 3-4bulan pada masa tu..aku putuskan hubungan kami coz dia tipu aku. Kami pernah berjanji untuk sama ke Universiti pada masa tu tp rupa2nya dia telah berhenti sekolah sejak Form 3. Sebab dia berhenti sekolah aku nda tau..

Wpun dalam masa yg singkat, banyak jugak kenangan aku bersamanya. Aku masi ingat lagi..setiap buku, fail, ruler, rubber, wallet or apa2 sj brg kepunyaan aku pada masa itu aku akan marked "Rin & Wan The Great Couple"..huehuehue..cinta budak sekolah la katakan.Bila sj kami dating..kami akan baca buku komik 'Dragon Ball' bersama2..& yg paling aku ingat dia akan belikan setin pepsi untuk aku. Kalo pegi minum kat kedai pun dia akan orderkan aku Pepsi sebelum sempat aku buat order..coz dia tau yg aku memang gila abis dgn Pepsi pada masa tu..(sekarang ndak lagi..hehe). Dan pernah jugak dia bertandang ke rumah aku bersama Liza & Shoffan. Lunch sama2 di umah aku & aku perkenalkan dia pada mak.

Itu cerita kami masa Form 5. After break-off dgn dia..aku dapat tau dia ada penyakit di dalam perut & aku pernah melawat dia sekali di hospital selepas dia di operate. Wpun dalam keadaan yg masi sakit, dia masi sudi melayan aku dgn senyuman. Pada masa itu, dia terlalu kurus & dia bukan seperti Irwan yg aku kenal sebelumnya. Aku menangis jugak bila tengok keadaan dia mcm tu.Selepas itu aku terus lost contact dgn dia.

Semasa aku di semester akhir pengajian diploma di UiTM Kota Kinabalu. Ntah mcm mana, aku berhubung kembali dgn dia. Dia kelihatan sihat. Ada jugak aku bertanya tentang penyakitnya itu & dia ckp dia semakin sihat cuma masi perlu mkn ubat. Setiap kali aku ada kuliah, dia akan menemani aku menunggu bas sama2. Dan selepas menerima tawaran ke Shah Alam, sekali lagi aku lost contact dgn dia. Maklum la pada masa itu aku & dia belum ada H/P sendiri. Dia selalu menghubungi aku guna public phone..masa tu aku guna hp mak. Aku terlupa bagitau dia pasal pemergian aku..lagipun dia nda ada contact aku sebelum aku pergi & aku sendiri nda tau mcm mau contact dia. Mungkin dia ada call di hp mak selepas aku pergi tp mak nda bagi no.pon aku pada dia..(masa ke Shah Alam baru aku beli hp aku sendiri)..mmm..ntah la...

Sehingga la semalam..bila aku dapat khabar duka tu...dia sudah pergi dengan menitipkan pesanan untuk aku. Pesanan itu di 'wasiat'kan kpd makciknya yg juga merupakan kenalan cousin aku. Wasiat & harapannya agar aku memaafkan segala salah & silapnya & jugak aku dapat seseorg yg lebih baik dari dirinya. Astagfirullah...kenapa la aku melupakan dia selama ini sedangkan dia masi ingat pada aku. Dan kini aku kesal & kecewa coz nda pernah lawat dia yg tengah sakit tenat. Selama ini aku fikirkan dia sihat & uda berkahwin..mmm...

Bagi aku, arwah seorang lelaki yg baik..caring & menghormati aku coz dia nda pernah sekalipun menyentuh mahupun memegang tangan aku dgn sengaja. Aku bersyukur dia telah dijemput pergi..bertahun lamanya dia menderita kerana sakit & ianya telah berakhir. Irwan, damai la kau di sana. Aku akan sentiasa ingat padamu & sentiasa mendoakan agar kau akan ditempatkan ke dalam golongan orang2 yg beriman..Amin..

Al-Fatihah.

Monday, September 24, 2007

Beading Works : Otomou Baby Daisy

Presenting Otomou Baby Daisy...huehuehue..

Sulaman ni hanya mengambil masa 2 hari untuk disiapkan. Itupun sakit tulang belakang sebab duduk jak.huhu...but aku puas hati la & diharap owner baju jugak macam tu..hehe..Sila la cuci mata k..kotor betul mata korang tu!! HAhahaha...

Image Hosting
Ke -2 belah lengan & depan baju

Image Hosting
Bhgn lengan

Image Hosting
Bhgn depan baju

Image Hosting
Bunga bhgn depan baju

Saturday, September 22, 2007

Tragedi Adik Nurin Jazlin

Image Hosting

Hati aku terpanggil untuk mengulas tentang apa yg berlaku pada si comel Nurin Jazlin Jaziman, 8tahun, yg dilaporkan hilang pada 20th Ogos yg lalu. Kesiannya si comel ini. Diperlakukan seperti itu..seperti benda yg tidak bernyawa & berperasaan. Kematiannya yg dianggap paling tragedis & kejam pada tahun ini..di masa Malaysia mencapai kemerdekaan yg ke-50!!!huhu...

Semasa proses pengecaman oleh ibu bapa arwah Nurin..dengan berambut pendek, kerinting, berkulit pucat, bergigi jarang selain terdapat kesan-kesan lebam pada badan mangsa menyebabkan kedua orang tua Nurin mengesahkan bahawa itu bukan anak mereka. Tengok shj beza kedua-dua gambar arwah Nurin di atas. Berbeza bukan? Sebelum ni arwah Nurin seorg yg comel, 'chubby' & berambut panjang..tetapi gambar mayat tersebut kurus kering & berambut pendek. Jadi tidak hairan la jika ibu bapanya tidak cam anak mereka sendiri. Tapi Alhamdulillah...semasa dimandikan & dikafankan, Allah S.W.T telah menampakkan wajah sebenar adik Nurin.

Pada pendapat aku, kemungkinan rambut mangsa telah digunting oleh si pembunuh tersebut. Rambutnya yg nampak kerinting mungkin disebabkan rambut mangsa kusut akibat tidak disikat & dicuci dgn syampu. Mangsa juga tidak diberi makan & menderita akibat penderaan seksual ke atasnya menyebabkan mangsa jadi kurus. Gigi mangsa pula berubah kepada mempunyai ruang di antara gigi akibat menahan kesakitan yang melampau (seperti dikatakan oleh pakar).

Kematian Nurin dikatakan akibat jangkitan kuman pada alat sulit setelah rektum (dubur) pecah setelah mengalami penderaan seksual dengan memasukkan terung dan timun ke dalam kemaluannya. Semasa dijumpai, mayat arwah adik Nurin dimasukkan ke dalam sebuah beg sukan dengan posisi kaki terlipat ke dada dlm keadaan mengiring; seperti kedudukan bayi dalam rahim. Ketika itu, timun & terung turut dijumpai bersama mangsa.

Orang yang memperlakukan mangsa begitu tidak seharusnya lahir di muka bumi ini (tidak layak dipanggil manusia atau binatang sebenarnya) & juga tidak boleh dibiarkan hidup selesa di penjara (Jika tertangkap). Hukuman yg seberat-beratnya harus dijatuhkan kepada si durjana tersebut.Kalau boleh seksa dahulu sebelum digantung!!Hehe..Moga Allah S.W.T menurunkan keseksaan yang banyak & berat kepada pembunuh tersebut.Amin.

Aku pasti seluruh rakyat Malaysia mahupun luar negara yg turut mengambil liputan tragedi ini merasa sedih,kecewa & mengalirkan airmata kerana adik Nurin tidak dapat diselamatkan. Pelbagai pihak telah melakukan yg terbaik dalam usaha menjejaki mangsa. Tapi apakan daya..Allah S.W.T telah menetapkan dari sejak azali lagi adik Nurin akan 'pergi' dengan keadaan yg demikian. Apalah dosa mangsa sampai mendapat hukuman sedemikian rupa??Astagfirullah..kuasa Allah S.W.T janganlah dinafikan. Tentu ada rahmat di sebalik semua ini.

Sekurang-kurangkan adik Nurin telah dijumpai walaupun hanya sekujur badan yang kaku. Dengan ini bolehlah dia disemadikan dengan sempurna. Damailah adik Nurin di sana. Dan..diharap kisah ini menjadi pengajaran yang besar kepada ibubapa mangsa & juga orang lain.sekian.wassalam.

p/s: Salam takziah untuk keluarga arwah adik Nurin.Al-fatihah..

Friday, September 21, 2007

Beading Works : Mocha Sukulat

This is my 50th post!!! YEahhh...!!! Hahaha....& today I want to present my 1st beading work. Not the 1st actually..but the 1st showing in my blog (^o^)..Ni hasil kerja tangan aku sendiri..hope the owner of this baju kurung satisfied with my work la..lalalala....

I named it Mocha Sukulat..har..har..har...

Image Hosting

Image Hosting

Image Hosting

Thursday, September 20, 2007

Fadhilat Solat Tarawih

Assalammualaikum..
Amacam posa..?Tentu letih kan..huehuehue..semalam aku nda terbangun makan sahur la..sekrg perut uda berkeroncong & berdangdut. Petang semalam berbuka pun hanya mkn kueh..teda pun makan makanan yg heavy sket untuk memaintainkan tenaga aku hari ni..Sabar..sabar..Ya ALLAH kuatkan imanku~

Korang ada pegi Solat Tarawih ka? Jelesnya aku..time keja ni aku nda dapat pegi Solat Tarawih..Lagipun teda Masjid yg dekat around umah sewa. Solat Tarawih sendiri??Nda pandai la..hak...hak..hak...!! Masa balik kg last week dapat la jugak aku menunaikan Solat Tarawih selama 2 malam..semangat sampai aku terpijak taik kerbau..HAHAHA..nasib baik masa tu uda mau balik..huhu..nda sabar balik kg lagi this weekend!!Tp aku harap nda la aku terkena bala najis lagi..InsyaALLAH..(^o^)

By the way..congrats to my old friend, Azman, coz dapat 2nd baby last day..baby boy..Irfan Dinie namanya..Ur babies makes u the perfect father right? congrats again. Hope Irfan cepat sembuh ya..aku doakan.

Ok..jom remind diri kita balik apa kelebihan Solat Tarawih ni..alangkah ruginya sapa yg nda gunakan waktu ni untuk Solat Tarawih sebaik2nya..macam aku la...waaaa...waaa~~

1. Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16.
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Wednesday, September 19, 2007

Beading Works : Lingkaran Tusak Bunga

Ni ada 1 lagi hasil my cousin's beading work..baju adik dia telah menjadi bahan experimen..but bila uda siap..santek plak..hehe

Jenis Sulaman : Lingkaran Tusak Bunga

Image Hosting

Kenapa aku namakan Lingkaran Tusak Bunga? Aku pun nda tau..rasa cam best jak mau sebut bah.haha..lagipun aku kan dari suku kaum dusun kadazan..so, lebih best aku namakan hasil our beading works ni dgn bahasa kami..(^o^)

Sambil2 tu pa kata kita nyanyi lagu baru di blog aku ni sama2..enjoy!

Bunga Citra Lestari - Ingkar

Disaat cinta tercipta
Semestinya aku merasa
Dikala hasrat mendalam
Semestinya aku berbalas
Ho..oh.. Ho.. ohh..

Dari hati kini ku sadari
Tak semestinya aku berkasih
Dikala hati tak dapat berbagi
Baiknya rasa itu tersimpan dalam

Semestinya aku mencinta
Seharusnya aku menyanyang
Oh maafkan jika semua ini yang kuberikan....untukmu

Dari hati kini kusadari
Tak semestinya aku berkasih
Dikala hati tak dapat berbagi
Baiknya rasa itu tersimpan dalam...

Semestinya aku mencinta
Seharusnya aku menyanyang
Oh maafkan jika semua ini yg kuberikan... untukmu

Semestinya aku mencinta
Seharusnya aku menyanyang
Oh maafkan jika semua ini yg kuberikan.. untukmu
Oww.. oww.. Ow....

Semestinya aku mencinta
Seharusnya aku menyanyang
Oh maafkan jika semua ini yg kuberikan...

Dari hati kini kusadari
Tak semestinya aku berkasih

Tuesday, September 18, 2007

Fotopages Launched!

Assalammualaikum..

syyyhhhh...diam2 semua...ada announcement ni...haha..

Sukacitanya.. FOTOPAGES aku & cousin telah pun dilancarkan hari ni..but not fully complete yet.hehe..rajin2 la jenguk k. This site only focusing on our Beads & Sequin Embroidery works..sila la komen2 ye...makaseh...

O ya..ni ada some pics of my cousin's beading works. Hasil tangan aku sendiri belum siap la..huhu...Sila la menjamu mata..kalo mau lebih2 lagi sila la jenguk fotopages kami..huehuehue...

Jenis sulaman Lingkaran Kasih

Image Hosting

Image Hosting

Image Hosting

Wednesday, September 12, 2007

Syaaban Berlalu Ramadhan Menjelma

Horray!!! Esok start posa....!!! Oppsss....Syukur Alhamdulillah coz aku masi dipanjangkan umur untuk merasai puasa tahun ni..n seterusnya meraihkan Hari Kemenangan bagi umat Islam..Hari Raya Aidilfitri..InsyaALLAH...So, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa untuk semua yg beragama Islam..Perbanyakkan la ibadah di bulan ni ye..Eee....rasa nda sabar mau pegi Solat Tarawih n Khatam Al-Quran sekali lagi..hehehe..Semangat ni..

Image Hosting

friend........
Selamat tinggal kengkawan...jangan sedih..aku cuti sebulan jer...sepeninggalan aku pandai-pandailah bawak diri ..ikutlah nafsu seperti yang aku tarbiyah selama ni.

Pesanan aku : Selamat myambut Ramadhan...makanlah banyak-banyak bila berbuka, rokok jangan tinggal, mengumpatlah banyak-banyak nanti mulut tak de kerja pulak, janganlah banyak baca Quran & berzikir dan sembahyang tarawih nanti jadi orang alim susah nak berkawan dengan aku balik...lain-lain hal sendiri mahu ingat. Jumpa lagi di bulan Syawal..Maaf Zahir Batin.. Hii..hi....hi..

Bestnye...Setan pun nda ada di Bulan Ramadhan ni..Tp kita jgn plak jd setan tau..huhu..

Assalammualaikum..

Monday, September 10, 2007

Sulaman Manik & Labuci

Hi, Happy Monday to you..hehe. Entry today, I want to share with you all about 1 of my hobbies..EMBROIDERY BEADS & SEQUIN!! Yes..correct..in bahasa is SULAMAN MANIK & LABUCI..!! Pandainye...hehehe....

Hobi ni jugak aku telah jadikan salah 1 bisnes sampingan aku since last year..I think this hobby started when i saw my cousin's baju kurung full of beads & sequin. Wow...Sungguh lawa!! haha..so, sejak hari tu aku mula belajar dari dia..n sekrg aku amik initiatif belajar sendiri plak. Just tengok hasil jahitan org lain...then aku try sampai menjadi. Alhamdulillah..Allah S.W.T anugerahkan aku salah 1 daya kecekapan untuk belajar dr hasil org lain (meniru la tu..hehe)..& akhirnya berhasil la kekreatifan aku on the spot..(harap korang paham apa yg aku cuba mau sampaikan..huhu..)


And..minat untuk jadikan bisnes tu plak coz tengok kat market sekrg memang biz jenis ni banyak permintaan. Nda percaya sila buat survey sendiri. Hehe..Dan yg bestnya kat Sabah biz ni memang kurang..(rasanya la..coz bila google..nda ada website sabahan pasal biz ni kat tenet..just from West n Brunei) So, potensi untuk maju memang besar cuma...aku rasa mgkin uda ramai yg pandai jahit manik labuci ni sendiri.huhu..Buat masa ni aku cuma buat promosi di kalangan keluarga & kawan2 rapat jak. Take slowly to move forward. Biar lambat asal berjaya.LOL. But, I hope..bila ada surfers google about this embroidery beads & sequin, they will find my site..n buat la tempahan..ahakssss....coz kalo tempah kat kedai 2-3x ganda mahal tau!!!

1st of all..I want to show my beading stuff..huehuehue...

Image Hosting

Image Hosting

Image Hosting

Image Hosting

Image Hosting

Next time i'll show u my beading works ya!!! (^0^)..peace!

Friday, September 7, 2007

Adab Memotong Kuku

Hari ni hari Jumaat.Penghulu segala hari.Sunat potong kuku tau..hehe..so, update kali ini tentunya pasal Adab Memotong Kuku. Sebenarnya aku ni selalu terlupa memotong kuku..sekrg ni pun uda 2 weeks i'm not cutting my nails..hhihihi...So better I put here, in my blog..senang la rujuk n remind my mind.haha..

Image Hosting

Kalo potong hari ini..insyaALLAH dapat mewarisi ilmu dan sifat lemah lembut. Kalo potong semalam..insyaALLAH dpt rezeki yg banyak plak..waaa...rugi la nda potong semalam..haha..Kalo mau dapatkan rezeki, ilmu & sifat2 yg baik tu, boleh ka kalo hari khamis aku potong kuku sebelah tangan n kaki kanan..?dan hari jumaat plak potong kuku di sebelah kiri plak..???HAHAHA..sengal la!!!!

K kawan2 semua...sama2 kita dapatkan pahala & manfaat pada hari2 yg sunat tu...Wassalam....


Saturday, September 1, 2007

Salam Merdeka 50Thn

Image Hosting

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA untuk semua penduduk tetap Malaysia..hehe..50Thn Merdeka..waaa..rasa bangga plak apalagi bila dapat melihat sendiri kepesatan pembangunan yg dicapai oleh Malaysia. Wpun setakat ni aku baru menikmati kesemua pembangunan ni hampir 27Thn. Bagi aku atau kami yg nda pernah melalui zaman2 penjajahan, tentu nda berapa rasa kehangatan makna kemerdekaan itu. Tapi melalui bahan bacaan Sejarah Malaysia..kami tau betapa peritnya org2 pada zaman itu hendak melepaskan Tanah Melayu sebagai jajahan drpd bangsa lain. betapa sengsaranya mereka demi memastikan generasi mereka pada masa akan datang dapat menikmati hidup yg aman dan gembira d tanah mereka sendiri. Terima kasih yg tidak terhingga kepada MEREKA. Pada zaman ini..bagi aku makna kemerdekaan itu suda berubah tp pendekatannya tetap sama. Rakyat Malaysia harus menghindarkan pemikiran mereka drpd dijajah oleh Barat terutama pemikiran yg kotor & nda bertamadun..pemikiran seperti itu nda sesuai untuk kita yg beragama Islam. Kita boleh bangunkan negara kita dengan berlandaskan Agama kita sendiri..Dengan ini, tentu bangsa atau agama yg lain pandang hormat sama kita..terutama Agama kita. InsyaAllah.

Semalam..sempena cuti kemerdekaan..Aku n family serta family sis-in-law aku pegi ke Kolam Air Panas Poring, Ranau untuk mandi-manda. Poring dlm Bahasa DusunKadazan bermaksud 'bambu' atau 'buluh'. Best mandi air panas d sana yg terkenal boleh mengubati penyakit kulit. Lagipun air panas tu ada la semulajadi..air mata air dr Mount Kinabalu. Ramainya org..tp nasib baik kami sempat booking 4 kolam untuk mandi. Lagipun kira2 jam 9.30pg kami uda sampai ke tempat tu. O ya..dari Tamparuli ke Air Panas Poring ni mengambil masa 2jam untuk sampai. Oleh kerana kami singgah gerai2 sepanjang jalan untuk membeli durian jg lambat skit la sampai..puas la makan durian sampai pagi ni rasa mau demam plak..hehe..

Di Kawasan Kolam Air Panas Poring ni..selain dari kolam2 untuk mandi...ada jugak Taman Rama2..Air Terjun 7 Tingkat n Jambatan Gantung atas pokok. Gayat tau...sebab tinggi sangat. Tp semalam aku nda naik jambatan gantung tu coz sebelum ni uda pernah naik. Lama nda datang sana...banyak perubahan telah dibuat..Makin lawa n teratur. Tp rata2 org yg dtg semalam bukan tourists but local..also PTI..HAHA..n yg paling best masa Merdeka ni, semua org jadi peramah. Wpun nda kenal...tp dorang tetap ucapkan Salam Merdeka..kereta2 yg berselisih ngan kami akan bagi hon n jerit Merdeka!Merdeka!Merdeka!!...Ini la Malaysia...(^o^)...

Apa jua yg kita anggap apa makna Merdeka itu..jgn di lupa pengorbanan pejuang2 Malaysia pada masa dulu..n bebaskan la diri kita drpd dibelenggu oleh anasir2 kebaratan yg keterlaluan sampai membelakangkan Agama suci kita..Islam..sekian..Wassalam..

p/s: Enjoy my new song...Kosorou Ko Po Nangku Doho (Apabila kau mengingati aku)